fadhilat herbs "the healers"
Fadhilat Herbs - Your healthy desire

Menjual & Membekal Produk Air Herba "FADHILAT Herbs"

Posted at 12:12 AM


Keterangan Produk:
Campuran herba terpilih yang di formulasi oleh Fadhilat Herbs khusus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Di ambil dari sumber segar di ladang dan di jamin melalui proses yang bersih lagi suci.

Kandungan:
Air mineral serta herba terpilih dari pohon Hablur (Melada Pahit) dan Kemunting Cina.

Panduan Penggunaan:
1/4 gelas sekali minum. 1 atau 2 kali sehari.

Khasiat:
Amat baik untuk dijadikan minuman harian untuk Tenaga, Meningkatkan Kecergasan, Menghilangkan Kelesuan dan Masalah Kesihatan seperti:

  • Membantu metabolisma otak, memproduksi minda
  • Menguatkan kapasiti memori ingatan

  • Rasa lenguh-lenguh, bisa tumit kaki

  • Menghilangkan parut lama di kulit

  • Alahan makanan laut (rasa gatal-gatal)

  • Kebas anggota dan sakit lutut

  • Semput, lelah dan asma

  • Demam denggi

  • Senggugut

  • Resdung

  • Migrain

  • Buasir

  • Masalah keputihan dan haid tidak teratur
  • Melawaskan kencing dan air besar

  • Mengeratkan hubungan suami isteri

  • Melambatkan penuaan sel otak

  • Kulit sensetif, kulit kering

  • Kencing manis

  • Darah tinggi

  • Sembelit

  • Gastrik

  • Kanser

  • Ghaut

- *Tidak boleh diminum bagi yang mengandung

Pengiktirafan:

Sijil halal JAKIM Malaysia (SJ.553).
Produk Buatan Malaysia
100% Produk Buatan Bumiputra
Kelulusan dari makmal UTM serta sijil Analisis (CEPP/L309/027/008).
Minuman Kesihatan - Minuman Herba Berkhasiat Untuk Lelaki & Wanita

Harga: RM20.00 sebotol
Lokasi Pengedar: Kuala Lumpur

Keterangan Mengenai Pokok Melada Pahit

Posted at 12:11 AM



Tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus. Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit. Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat. Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit. Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.

Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysenteiy). “Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed. Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dan melada pahit.

Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak, dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa. “Ambil beberapa helai daun melada pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu,” katanya.

dipetik dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

Keterangan Mengenai Pokok Kemunting Cina

Posted at 12:11 AM



Kemunting cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle,Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari cina, Ros Pantai, madagascar periwinkle,capeperiwinkle, kihapai(hawaii),old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. sekarang ni banyak betul spesis hibrid periwinkle ni yang di jual sebagai tumbuhan hiasan, terutamanya dalam pasu gantung. cantik betul , berbagai warna dan lebih tahan dari petunia. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih.pokok ni asalnya dari madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika.batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.


Nama saintifik bagi kemunting cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia.Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Testimonial

Posted at 12:11 AM

Norhayati Yusof - Kanser & masalah resdung
"Saya mengalami masalah ketumbuhan di bahagian dada kanan. Lama-kelamaan ketumbuhan ini semakin membesar sehingga mencapai saiz sebesar telur burung puyuh. Saya cuba mengambil minuman ini. Alhamdulillah setelah mencubanya selama 6 bulan, ketumbuhan tersebut makin mengecut dan terus hilang. Saya juga mengalami masalah resdung dan lelah yang telah lama saya hadapi. Setelah mengamalkan minuman ini, saya juga bebas daripada masalah resdung dan lelah."

M.Rahim Mohd Yassin - Darah tinggi & ghaut
"Saya telah mengalami penyakit darah tinggi dan ghaut selama 5 tahun. Saya sering ke klinik mengambil ubat darah tinggi dan juga apabila menghadapi masalah ghaut. Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan air fadhilat herbs ini, ianya menunjukkan pemulihan yang agak cepat. Selepas 1 bulan, saya dapat merasakan perubahan yang agak baik. Kini, segala-galanya terkawal. Malah saya tidak takut lagi memakan makanan laut di mana ianya sebelum ini saya tidak boleh makan akibat penyakit ghaut yang saya hadapi."

Cikgu Abdol Raof Abbas - Kencing manis & darah tinggi
"Saya menghadapi kedua-dua penyakit tersebut sejak tahun 2002 lagi. Saya mengamalkan minuman herba kemunting cina sejak diperkenalkan oleh rakan pada tahun 2005. Sejak mengamalkan minuman tersebut, kadar kandungan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi adalah terkawal dan berada diparas yang normal. Malahan kencing juga semakin lawas dan banyak makanan yang tidak boleh dimakan sebelum ini sudah boleh dimakan."

Muhd Azhari Juslin Abdullah - Gastrik/ulcer
"Sebelum ini, perut saya sentiasa merasa sebu dan rasa pedih di ulu hati. Selepas mengamalkan air fadhilat herbs selama 1 minggu rasa tersebut sudah hilang. Perut saya semakin selesa dan kempis."

Abd Rasit Talib - Ghaut selama 6 tahun
"Tahap ghaut saya agak serius. Biasanya bila menghidapi ghaut doktor memberikan cuti 2 atau 3 hari. Alhamdulillah selepas meminum air fadhilat herbs saya sudah mampu makan makanan laut, sardin dan pelbagai makanan lain yang sebelum ini saya amat takut mencubanya."

Mohammad Husin - Sendi, urat & buasir
"Dengan mencuba air fadhilat herbs selama 5 hari, saya sudah mampu sembahyang berdiri. Badan rasa lebih bertenaga dan saya sudah mampu turun ke kebun semula. Masalah buasir juga tiada lagi selepas sebulan."

Aziah Mohd Ali - Sakit lutut, tumit, lenguh & lesu
"Saya minum air fadhilat kerana diperkenalkan oleh jiran. Alhamdulillah selepas 3 hari mengamalkannya segala rasa sakit berkurangan dan terus hilang."

Norazwana M.Sadon - Ketumbuhan, kulit berminyak & resdung
"Saya mengamalkan air fadhilat herbs selama seminggu. Ketumbuhan kecil ditangan saya semakin kering dan tiada lagi ketumbuhan baru. Masalah jerawat juga semakin mengurang dan kulit muka tidak lagi berminyak."

Hjh Aishah Hj Abd Rahman - Urat timbul & darah tinggi
"Saya mengamalkan air fadhilat herbs selama sebulan. Alhamdulillah tanda-tanda urat timbul semakin berkurangan.Tekanan darah tinggi juga berada dalam keadaan terkawal."

Hj. Abdullah Nikmat - Kencing manis & gatal-gatal
"Selepas 2 bulan saya mengamalkan air fadhilat herbs, bacaan kencing manis saya berada dalam keadaan terkawal (3.5-5). Saya dah boleh makan kuih muih manis. Penyakit gatal-gatal juga telah sembuh."

Raharin Jantan - Asma(lelah)
"Saya mempunyai masalah asma yang teruk. Kemana-mana saya pergi, saya sentiasa membawa alat bantuan (HEALER). Selepas mengamalkan air fadhilat herbs sebanyak 3 botol, masalah tersebut semakin hilang dan kini saya bebas kemana-mana tanpa perlu membawa HEALER lagi."

Keratan Akhbar - Berita Harian 2005

Posted at 12:11 AM

Video

Posted at 12:11 AM

Video

Hubungi Kami

Posted at 12:10 AM

Untuk Keterangan lebih lanjut sila hubungi:

fadhilatherbs clicks (Pengedar Online)
012-6190519

atau

Emel ke:


fadhilatherbs@gmail.com