fadhilat herbs "the healers"
Fadhilat Herbs - Your healthy desire

Keterangan Mengenai Pokok Kemunting Cina

Posted at 12:11 AM



Kemunting cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle,Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari cina, Ros Pantai, madagascar periwinkle,capeperiwinkle, kihapai(hawaii),old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. sekarang ni banyak betul spesis hibrid periwinkle ni yang di jual sebagai tumbuhan hiasan, terutamanya dalam pasu gantung. cantik betul , berbagai warna dan lebih tahan dari petunia. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih.pokok ni asalnya dari madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika.batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.


Nama saintifik bagi kemunting cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia.Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.