fadhilat herbs "the healers"
Fadhilat Herbs - Your healthy desire

Keterangan Mengenai Pokok Melada Pahit

Posted at 12:11 AM



Tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus. Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit. Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat. Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit. Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.

Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysenteiy). “Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed. Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dan melada pahit.

Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak, dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa. “Ambil beberapa helai daun melada pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu,” katanya.

dipetik dari keratan akhbar Mingguan Malaysia